Jumaat, 18 Disember 2009

Percutian ke Pulau Besar, Melaka




Pada hari Khamis, 3 Disember 2009, kami sekeluarga telah melawat Pulau Besar di Melaka. Kalau tak silap sudah hampir 20 tahun saya tak pergi ke sana. Oleh itu saya ingin meneroka keindahan pulau ini bersama keluarga tersayang. Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi menaiki bot tambang. Sebuah bot untuk 8 orang harganya RM 100 pergi dan balik. Kami menyewa di Chalet Puteri Resort dengan kos RM 130 sehari semalam. Di sana kami menyewa 2 buah motor dengan kos RM40 sejam sebuah untuk mengelilingi pulau. Antara tempat menarik di sana ialah keindahan pemandangan pantainya, lagenda batu belah, makam Nenek Tempayan Pecah yang menurut penjaganya ialah sepupu kepada Puteri Gunung Ledang, makam tujuh beradik dan banyak lagi. Antara kelebihan pulau ini ialah setiap hari pada hari cuti ada disediakan makanan percuma yang diwakafkan oleh pengunjung yang membayar niat atau nazar, tapi kami lebih selesa makan di kedai makan walaupun kosnya agak mahal. Apapun kami sekeluarga berasa seronok dan berhasrat untuk datang lagi. Anda ingin datang ke sana? Cubalah. Lihatlah gambar-gambar kami di sana.

Jumaat, 4 Disember 2009

Balik Kampung

Ooo... balik kampung
Ooo... balik kampung
Ooo... balik kampung
Hati girang
Hari ni  RD Family's akan balik ke kg selama seminggu untuk bercuti....  Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik

Khamis, 3 Disember 2009

Pertandingan Catur PSKPP Negeri Perak


Pada 21 hingga 22 November yang lalu saya bersama 4 orang guru telah mewakili daerah Batang Padang dalam pertandingan Catur Berpasukan PSKPP Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Dewan  PPD Daerah Perak Tengah. Permainan  dilansungkan sebanyak 5 round. Dalam pertandingan tersebut daerah Batang Padang telah memenagi 4 pusingan dan seri 1 pusingan. Dengan keputusan tersebut, kami berjaya meraih pingat emas. Ya, pingat emas pertama dalam sejarah permainan catur PSKPP bagi Daerah Batang Padang. Gambar: Saya melawan saudara Abu Bakar pada pusingan pertama. Keputusannya ialah saya menang.


Rabu, 2 Disember 2009

Pelancaran Blog RD Family's.


Blog ini dibina khas untuk memaparkan berita dan foto aktiviti RD Family's dan keluarga-keluarga yang berkaitan dengannya. Semua dijemput untuk melayari blog ini untuk berkongsi maklumat dan nasihat untuk manfaat bersama. Dengan itu, pada 3 Disember 2009, blog ini dilancarkan dengan rasminya..