Selasa, 2 Februari 2010

Kembali ke sekolah

Telah sebulan saya kembali bertugas di SMK Trolak setelah dua tahun bercuti kerana melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di UPSI. Sungguh menyeronokkan kerana dapat berjumpa dan mengajar anak-anak murid yang telah ditinggalkan. Setelah dua tahun bercuti, terasa agak kekok dalam hal pengurusan sekolah dan P&P. Namun setelah sebulan bertugas, segala-galanya berjalan seperti biasa. Saya diarahkan mengajar subjek Sains Pertanian tingkatan 4 dan 5. Subjek bukan opsyen. Agak sukar tapi saya cuba menguasai dengan sebaik mungkin. Setiap masa terluang saya habiskan dengan membaca buku-buku yang berkaitan. Dengan bantuan rakan-rakan saya yakin dapat menjalankan tanggungjawan saya dengan baik. Dulu masa mula-mula mengajar, saya juga diarahkan mengajar subjek bukan opsyen iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Pertanian tikatan 1, 2 dan 3. Opsyen saya ialah Kesusasteraan Melayu. Namun berkat kesungguhan dan keinginan untuk menguasai subjek tersebut, akhirnya saya berjaya berjaya menguasai subjek tersebut. Saya telah dilantik menjadi JU Negeri dan juga Guru Cemerlang bagi mata pelajaran tersebut. Untuk subjek Sains Pertanian ini saya akan berusaha seperti dulu. Semoga pelajar saya dapat memahami keadaan saya sekarang ini dan dapat menerima saya seadanya. Walau bagaimanapun saya akan pastikan 100% pelajar saya akan lulus cemerlang dalam peperiksan SPM tahun ini. Insaa Allah.