Jumaat, 18 Disember 2009

Percutian ke Pulau Besar, Melaka




Pada hari Khamis, 3 Disember 2009, kami sekeluarga telah melawat Pulau Besar di Melaka. Kalau tak silap sudah hampir 20 tahun saya tak pergi ke sana. Oleh itu saya ingin meneroka keindahan pulau ini bersama keluarga tersayang. Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi menaiki bot tambang. Sebuah bot untuk 8 orang harganya RM 100 pergi dan balik. Kami menyewa di Chalet Puteri Resort dengan kos RM 130 sehari semalam. Di sana kami menyewa 2 buah motor dengan kos RM40 sejam sebuah untuk mengelilingi pulau. Antara tempat menarik di sana ialah keindahan pemandangan pantainya, lagenda batu belah, makam Nenek Tempayan Pecah yang menurut penjaganya ialah sepupu kepada Puteri Gunung Ledang, makam tujuh beradik dan banyak lagi. Antara kelebihan pulau ini ialah setiap hari pada hari cuti ada disediakan makanan percuma yang diwakafkan oleh pengunjung yang membayar niat atau nazar, tapi kami lebih selesa makan di kedai makan walaupun kosnya agak mahal. Apapun kami sekeluarga berasa seronok dan berhasrat untuk datang lagi. Anda ingin datang ke sana? Cubalah. Lihatlah gambar-gambar kami di sana.

1 ulasan:

pecinta_Islam berkata...

mmg seronok..tngk gambar pun dh dpt agak suasananya.huhu